Tuesday 19 June 2012

Pencuci Mulut Sambil Bersantai

Assalamualaikum..Salam Sejahtera para pembaca sekalian..dah 3 minggu Mari Makan tak sentuh blog ni..hehe..bz jek memanjang kan..tu la..sape suh jadi blogger, memang selalu kena update blog kalau dah jadi blogger nih..Maklumlah, sekarang kan musim Euro 2012..selalu tersengguk-sengguk la kat meja kalau siang hari..Mari Makan sokong pasukan negara Jerman, anda pulak bagaimana? hehe..macam iklan kat TV3 pulak..Mari Makan sokong Jerman sebab anak teruna Mari Makan asyik dok pakai jersi Jerman je yang Mama dia belikan..haha..memang alasan tak boleh blah..
Apa pun, dalam entri kali ini, Mari Makan nak highlight pasal desert atau pencuci mulut yang korang boleh try kat MM's Bukhari Rice House..tentu korang tanya kenapa MM's Restoran je Mari Makan duk suggest..ape nak peliknya, dah Mari Makan yang usahakan restoran tu bersama ibunda Mari Makan..heheheh..jangan marah..tp Mari Makan memang ingin berkongsi makanan yang dimasak oleh ibunda Mari Makan kerana resipi yang beliau masak memang susah nak cari kat mana-mana sekalipun tambahan lagi resipi tu adalah warisan turun temurun keluarga Mari Makan.
Bercakap pasal pencuci mulut tadi, apa yang special kat sini adalah menu Pulut Mangga atau dikenali dengan Pulut Pauh dalam bahasa tempatan Kelate nih. Menu ni berasal dari Thailand jugak, biasanya kita makan pulut Durian, tapi dengan Mangga pun kita boleh buat desert bersama pulut dan berkuah santan yang dimasakan dengan resipi tersendiri. Kalau menu ni terhidang kat atas meja, pasti Mari Makan akan belasah dulu..hehehe..
Dengan pilihan buah mangga yang masak ranum serta manis, memang sesuai untuk dijadikan pencuci mulut untuk kita makan sambil bersantai di sebelah petang. Mari Makan cadangkan anda semua sila berkunjung ke MM's Bukhari Rice House untuk menikmati hidangan ini sambil bersantai di tepi sawah padi yang menghijau. Ya, restoran dilingkungi dengan sawah padi yang luas seluas mata memandang. Memang pada sebelah petangnya, angin yang bertiup umpama kita berada di tepi pantai sambil menikmati pencuci mulut ini pastinya membuat diri kita rasa tenang dan harmoni. Keadaan ini bagus untuk kesihatan kita, betul tak? Apa tunggu lagi, jom ke MM's Bukhari Rice House. Segalanya ada di sini.

p/s: Mari Makan akan upload gambar restoran untuk tatapan anda semua sedikit masa lagi. Dan tunggu resipi istimewa yang akan dikongsi dengan pembaca semua.

Saturday 26 May 2012

Chim Chum...BBQ & Steamboat Ala Thai

Assalamualaikum..salam makan..dah lama Mari Makan tak post sebarang cerita pasal makan kan..almaklumlah, semakin sibuk dengan banyak program jelajah mencari makan makanan yang sedap-sedap..hehe..berat badan pun dah bertambah rasanya..hahaha...apa pun, Mari Makan kini kembali menghangatkan semula blog ini dengan berkongsi seberapa banyak menu yang hebat dan sedap untuk kita telan bagi mengisi perut yang kosong sehari-harian..nyum..nyum... 
Ok, untuk entri kali ini, Mari Makan nak berkongsi satu menu yang sedang meniti di bibir penggemar makanan iaitu Chim Chum atau secara panjangnya ialah BBQ dan Steamboat Ala Thai..hmm..mungkin ramai yang kurang tahu pasal nama masakan ni tetapi kalau tengok gambar Mari Makan 'confirm' para pembaca semua mengenalinya..tak pun google aje..pasti dapat ape yang dicari...senang kan zaman sekarang, kalau ada teknologi yang boleh buat kita pesan makanan dengan sekali klik pastu keluar ikut printer kan senang..hahaha...ape la yang Mari Makan melalut pulak ni..back to our story balik..Chim Chum ni sebenarnya berasal dari Thailand yang mana kita perlu memilih makan mentah yang terhidang secara buffet dan memasaknya sendiri di atas dapur yang telah tersedia di atas meja kita..pelbagai lauk pauk serta sayur seperti udang, ayam, daging, kerang, fishball, meatball, bebola ketam, bebola udang, sayur sawi jepun, kangkong, cendawan hitam dan yang paling Mari Makan suka adalah Grass Noodle atau dengan kata lain soun..
Di sini, kita nak makan banyak mana pun lantak korang lah..sampai pecah perut kalau nak isi pun hentam sajalah..sememangnya masakan ini disediakan dengan kapasiti yang banyak sehinggakan kalau habis pun kalau nak mintak lagi, mintak je..jangan malu jangan segan..haha..ibarat syurga, makan sampai kenyang..itu pun kalau korang larat habiskan lah..yang mana perut atau tangki besar tu, memang sesuai makan Chim Chum ni..hehe..jangan marah eh..gurau aje..
Apa pun, kat mana semua ni kita boleh dapat, tak kan nak pergi Thailand baru boleh makan ChimChum ni..Bak kata pelakon Sinetron Indon..tenang aja deh...Mari Makan cadangkan korang pergi Restoran MM's Nasi Bukhari...Nama je restoran nasi arab, tapi pelbagai hidangan yang boleh kita makan kat sini..versatile bak kate orang Melayu kita..haha..So, apa tunggu lagi...jom serang restoran ni...yaaarrrrrkkkhhh...!!! Jangan bom sudah la, serang makan je..pastu bayar..dah perut kenyang..apa lagi..ucap la Alhamdulillah.....hehe...

Friday 20 April 2012

Mee Goreng Mamak Special

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera..salam hormat & salam makan..
Cakap pasal mee goreng, terlalu banyak menu mee goreng yang boleh diperkatakan dan dibincangkan. Tapi Mari Makan nak kongsi dengan pembaca-pembaca semua tentang menu istimewa dari MM's Bukhari Rice House Restaurant berkenaan dengan mee ni iaitu Mee Goreng Mamak. Apa yang specialnya mee goreng mamak kat sini? Mari Makan akan bongkar serta berkongsi pengalaman bersama pembaca semua supaya apa yang Mari Makan rasa, anda semua akan terasa juga ke'special'an mee gorang mamak ini.

Sudah tentu, mee gorang mamak ini sememangnya antara makanan atau menu pilihan dikala kita tak mahu makan yang terlalu "heavy" atau dengan kata lain makanan yang berat-berat seperti hidangan nasi. Mee gorang mamak special di Restoran MM's ni menggunakan rempah kari istimewa tradisional yang hanya di sini sahaja menggunakan rempah tersebut, cuba tanya mamak yang masak mee goreng yang dia masak, cuma rempah yang digunakan berlainan sedikit. Rasa mee goreng mamak di sini lebih kurang kalau kita makan mee kari tetapi dalam bentuk kering. Rasanya memang sampai rumah pun masih terhidu lagi bau karinya..hehe..memang best..lain dari mee goreng mamak yang lain cuma mee goreng mamak ni digoreng oleh Mama bukan mamak biasa..haha..

Saturday 14 April 2012

Nasi Arab Ala Tanah Melayu..

Salam ceria..salam sejahtera..
Hari ini Mari Makan akan berkongsi rasa bersama pembaca mengenai Nasi Arab..dalam entri ini, nasi arab ala tanah melayu adalah masakan yang dibuat berdasarkan adaptasi makanan arab dengan makanan orang kita. Biasanya nasi arab ini adalah Nasi Mandy atau Nasi Bukhari dihidangkan bersama lauk daging,ayam atau kambing tanpa kuah. Jadi, untuk memenuhi selera orang timur macam kita ni, masakan arab ala orang Melayu telah diperkenalkan oleh MM's Bukhari Rice House Restaurant, Kota Bharu dihidangkan dengan menu pelbagai pilihan. Antara menu yang dihidangkan bersama Nasi Bukhari oleh restoran ini adalah seperti lauk Ayam Goreng Berempah,Kambing Stew, Daging Masak Kerutuk, Ayam Masak Tandoori, Kari Kepala Ikan (menu ini adalah pilihan, kalau ambik semua maunye kopak duit anda..hehe), serta dihidangkan secara pakej percuma iaitu kuah dalca atau salad timun, sambal serta parpadom rangup lagi enak.
                Berdasarkan testimoni beberapa pelanggan yang pernah mencuba masakan restoran ini (lebih kurang 20 orang sukarelawan), rata-rata ramai yang memberi komen masakan ini berselera serta memenuhi cita rasa tempatan walaupun masakan yang disediakan ini adalah masakan Timur Tengah. Ahmad (nama sebenar dia lagi panjang), 35, seorang kerani di salah sebuah bank di sekitar Pasir Mas menyifatkan masakan di restoran ini memberi kelainan dalam memperkenalkan masakan mereka. Ini kerana masakan arab diadaptasikan dengan selera tempatan mampu memberi selera yang sukar untuk dicari dan citarasa yang istimewa bagi setiap yang mencubanya.
                 Jadi, apa yang ditunggu lagi, ayuh kita ke MM's Bukhari Rice House Restaurant untuk merasai nikmat yang tiada tandingan ini. Nasihat dari Mari Makan..."Tunggu apa lagi bro,JOM Makan...!!!"haha..

p/s: Nantikan menu masakan terbaru dari MM's Bukhari Rice House tidak lama lagi..Mari Makan tak sabar ingin mencubanya..tungguuuuu....!!!!

Wednesday 4 April 2012

Nasi Kerabu...Kambing Bakar??

Mungkin entri ini biasa bagi anda, tetapi bagi Mari Makan, Nasi Kerabu berlauk Kambing Bakar adalah sesuatu yang luar biasa. Kenapa? Ini kerana kebiasaannya menu Nasi Kerabu hanya dihidangkan dengan lauk daging bakar, ayam bakar, ayam goreng & sewaktu dengannya. Tetapi Nasi Kerabu yang dihidangkan dengan lauk Kambing Bakar adalah sesuatu yang baru. Anda mungkin mahu mencubanya. Ya, Mari Makan telah merasai keenakan makanan ini dan ternyata memang rasa hanya lidah yang mampu mengungkapkan kata-kata tersebut sambil tekak menelan dengan rasa puas hati dan perut menerima dengan hati yang terbuka..Alhamdulillah, memang lazat lagi menyelerakan Nasi Kerabu Kambing Bakar ini. Jadi, mana nk cari makanan istimewa ini, tentulah di MM's Bukhari Rice House Restaurant yang terletak di Lebuhraya Pasir Mas- Salor - Kota Bharu bersebelahan SBS Bajet Hotel.

Daun Kemangi Pembangkit Rasa - Burrrpp..Alhamdulillah..Kenyang sudah..tetapi kenapa sendawa ni macam lain je rasa dia..hehe.. Rahsia yang terdapat dalam ulam-ulaman yang digaul sekali dalam hidangan Nasi Kerabu Special ni adalah antaranya dicampur sekali Daun Kemangi. Rasa Daun Kemangi ini seakan daun pudina tetapi lebih harum baunya. Patutla menyelerakan sampai 3 pinggan Mari Makan belasah Nasi Kerabu ni, tambah-tambah dengan lauk Kambing Bakar, baunya amat menyelerakan. Anda patut mencubanya tanpa rasa ragu atau resah dengan harga yang mungkin dianggap mahal.... "MURAH..!! Hanya RM3.50 sahaja dik..!!" Kata Mama yang menyediakan hidangan ini merangkap tauke restoran ini. Apa lagi, jom makan Nasi Kerabu Kambing Bakar, dihidangkan hanya dari jam 7.00pagi hingga 11.00pagi sahaja..sementara stok masih ada..hehehe... Nanti habis cepat kalau ramai yang menyerbu kedai ni gamaknya..alhamdulillah la..rezeki diorang kalau laku. Sama-sama tolong orang kita nak berniaga kan apa salahnya..betul tak kawan-kawan..??

Salam Perkenalan...Sekapur Sireh

Assalamualaikum.. Salam hormat dan salam sejahtera kepada semua warga Malaysia serta seantero dunia..
Hari ini terciptanya Blog Oh! Mari Makan yang bertujuan untuk memudahkan pelayar internet yang juga antara pengemar makanan pelbagai masakan untuk mencari serta mencuba makanan yang enak serta memenuhi citarasa kita. Mari Makan akan membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui dan mencuba makanan yang lazat serta menyelerakan di sekitar Kelantan serta di beberapa negeri lain yang terdapat di Malaysia, Thailand serta Indonesia. Berdasarkan pengalaman Mari Makan yang tak berapa banyak, sedikit boleh dikongsi bersama bagi menikmati makanan yang dirasakan boleh ditelan dan dimakan ketika masih lagi hayat dikandung badan..hehe.

Jadi, tunggu dan baca, serta jangan lupa mencuba restoran yang dicadangkan Mari Makan. Bonus juga untuk para pembaca dimana Mari Makan juga akan menyediakan beberapa resipi masakan-masakan yang dicadangkan untuk para pembaca mencuba sendiri di rumah. Teruskan bersama Mari Makan, banyak yang akan dipaparkan dalam blog ini untuk rujukan serta tatapan pembaca yang mementingkan makanan lazat, sihat dan menyelerakan.

p/s: Blog ini hanya bertujuan untuk membantu serta berkongsi pengalaman penulis berkaitan bidang masakan dan makanan. terima kasih.