Wednesday 4 April 2012

Nasi Kerabu...Kambing Bakar??

Mungkin entri ini biasa bagi anda, tetapi bagi Mari Makan, Nasi Kerabu berlauk Kambing Bakar adalah sesuatu yang luar biasa. Kenapa? Ini kerana kebiasaannya menu Nasi Kerabu hanya dihidangkan dengan lauk daging bakar, ayam bakar, ayam goreng & sewaktu dengannya. Tetapi Nasi Kerabu yang dihidangkan dengan lauk Kambing Bakar adalah sesuatu yang baru. Anda mungkin mahu mencubanya. Ya, Mari Makan telah merasai keenakan makanan ini dan ternyata memang rasa hanya lidah yang mampu mengungkapkan kata-kata tersebut sambil tekak menelan dengan rasa puas hati dan perut menerima dengan hati yang terbuka..Alhamdulillah, memang lazat lagi menyelerakan Nasi Kerabu Kambing Bakar ini. Jadi, mana nk cari makanan istimewa ini, tentulah di MM's Bukhari Rice House Restaurant yang terletak di Lebuhraya Pasir Mas- Salor - Kota Bharu bersebelahan SBS Bajet Hotel.

Daun Kemangi Pembangkit Rasa - Burrrpp..Alhamdulillah..Kenyang sudah..tetapi kenapa sendawa ni macam lain je rasa dia..hehe.. Rahsia yang terdapat dalam ulam-ulaman yang digaul sekali dalam hidangan Nasi Kerabu Special ni adalah antaranya dicampur sekali Daun Kemangi. Rasa Daun Kemangi ini seakan daun pudina tetapi lebih harum baunya. Patutla menyelerakan sampai 3 pinggan Mari Makan belasah Nasi Kerabu ni, tambah-tambah dengan lauk Kambing Bakar, baunya amat menyelerakan. Anda patut mencubanya tanpa rasa ragu atau resah dengan harga yang mungkin dianggap mahal.... "MURAH..!! Hanya RM3.50 sahaja dik..!!" Kata Mama yang menyediakan hidangan ini merangkap tauke restoran ini. Apa lagi, jom makan Nasi Kerabu Kambing Bakar, dihidangkan hanya dari jam 7.00pagi hingga 11.00pagi sahaja..sementara stok masih ada..hehehe... Nanti habis cepat kalau ramai yang menyerbu kedai ni gamaknya..alhamdulillah la..rezeki diorang kalau laku. Sama-sama tolong orang kita nak berniaga kan apa salahnya..betul tak kawan-kawan..??

No comments:

Post a Comment